Senin, 28 Juni 2010

Asas Papan Induk


Papan induk komputer atau motherboard ialah papan litar bercetak yang berlapis (PCB). Laluan litar kuprum yang melintasi permukaan papan induk juga dipanggil traces di mana ia membawa isyarat (signals) dan juga voltan (voltage). Teknik pemalsuan lapisan telah digunakan supaya lapisan papan tersebut boleh membawa data untuk bas BIOS, CPU, dan memori sementara lapisan yang lainnya digunakan untuk membawa voltan dan isyarat untuk mengelakkan berlakunya litar pintas di setiap persimpangan laluan. Lapisan-lapisan penebat ini telah direka dengan begitu kompleks bagi memudahkan cip dan soket dipateri dan diletakkan pada papan induk.

Contoh papan induk model MSI 694 Pro AR dibawah ini yang menyokong dua mikropemproses, mempunyai 5 slot PCI dan juga slot CNR. Ciri-ciri papan induk ini juga menyokong bas berkelajuan 133Mhz dan UDMA-100. Terdapat 4 port USB, dan juga audio bina dalam.



Abit KT-7A yang ini pula menyokong pemproses AMD dan mempunyai cipset KT-133A. Slot yang dimiliki Abit KT-7A, menunjukkan terdapatnya 1 slot ISA, 6 slot PCI dan 1 slot AGP. Juga terdapat kipas istimewa pada cipset KT-133A.



Cip BIOS pula telah menjadi lumrah bagi kebanyakan papan induk komputer.




Kelebaran bas data (Data Bus Width)
Papan induk moden yang berkelas Pentium mempunyai bas data dengan 64-bit. Ini ialah kelebaran bagi lebuhraya data yang keluar masuk dari mikropemproses. Pemproses Pentium, bagaimanapun, menggunakan pendaftar (register) 32-bit di mana ia hanya dapat memegang arahan 32-bit.

Kelajuan dan kelebaran bas telah meningkat kerana meningkatnya kelajuan pemproses bagi memenuhi keperluan aplikasi multimedia. Antara jenis-jenis bas dan kelebarannya ialah:

1) ISA - 8 atau 16 bits
2) EISA - 8 atau 16 bits
3) MCA - 16 atau 32 bits
4) VLB - 32 bits
5) PCI - 32 atau 64 bits
6) AGP - 32 bits

Cipset
Cipset membekalkan sokongan yang diperlukan oleh CPU di dalam papan induk. Cipset ialah jantung komputer kerana ia mengawal dan menetapkan selaju mana dan jenis pemproses, memori dan slot apakah yang sedang digunakan. Cip lain dalam papan induk juga dikenali sebagai Super I/O controller. Fungsi utama cipset ialah mengawal pemacu cakera liut (floppy disk drive), papan kunci (keyboard), tetikus (mouse), dan port selari serta bersiri.

Kebanyakan cipset terkini direka untuk menyokong teknologi baru seperi USB 2.0, SATA, Firewire, Gigabit dan lain-lain. Sebab itu jika anda ingin memilih papan induk, utamakan dahulu cipset yang digunakan kerana cipsetlah penentu kepada teknologi yang akan digunakan dalam sesebuah papan induk.

Berikut adalah beberapa pengeluar cipset terkemuka dunia:-

1) Intel ( 430, 440, 450, 810, 815, 820, 830, 840, 845, 848, 850, 848, 860, 865, 875 )
2) nVIDIA ( nForce, nForce2, nForce3)
3) VIA
4) ALI
5) SiS

Tidak ada komentar:

Posting Komentar